Kerjaya politik Mashitah Ibrahim

Dalam Pilihan raya umum 2004 belau mengalahkan Ustaz Dato' Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Ustaz Taib Azamudden Md Taib merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas menang pilihan raya 2004, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau selalu menjawab pelbagai isu semasa berhubung dengan agama Islam.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.[2]Sehingga kini, Dato' Dr Mashitah selalu menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama - bidang kepakaran beliau. Contohnya pada 24 Januari 2008 beliau menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Gerbang Gemilang’ dan disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari padang Sekolah Menengah Agama Sik, Kedah.[3]